Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini59
mod_vvisit_counterSemalam158
mod_vvisit_counterMinggu Ini987
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1956
mod_vvisit_counterBulan Ini4867
mod_vvisit_counterBulan Lepas9429
mod_vvisit_counterJumlah655913

We have: 2 guests, 1 bots online
0: 54.161.147.106
 , 
Today: Oct 23, 2014

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla


Aromanya membangkitkan selera, hidangan berkualiti tuntas memenuhi selera Raja
dan rakyat jelata, menariknya..santapan seistimewa ini bak sajian dari Istana,
terhidang denganharga yang amat berpatutan dengan jaminan 'value for money.'

 







Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) komited untuk
menjadikan majlis anda gilang gemilang, dengan hidangan
yang menyelerakan. Setiap orang pasti akan teruja untuk
menikmatinya.

Warisan Baiduri Sdn Bhd Caterer) menawarkan khidmat
yang terbaikuntuk anda, Walau di mana destinasi majlis diatur,

Warisan Baiduri (Caterer) sedia membekalkan rangkaian
sajian dan perkhidmatan teristimewa buat pelanggannya
dengan harga berpatutan bertaraf VIP.

Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) mendapat pengiktirafan dan penghargaan besar dari pelbagai pihak apabila penganjur majlis berprestij, khususnya yang dihadiri golongan kenamaan terunggul dalam negara, meyakini bahawa santapan hidangan dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) yang menjadi pilihan.

Sepanjang 21 tahun Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) beroperasi, kami amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk menyediakan santapan khususnya untuk Yang Di Pertuan Agong seperti Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan), Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hishamuddin Alam Shah Al-Haj (Sultan Selangor) dan Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis).

Malah, Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) berasa amat teruja dan bertuah kerana diamanahkan untuk menyediakan santapan buat Yang Di Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Kami juga amat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menyajikan jamuan dalam majlis yang berprestij, yang membabitkan Perdana Menteri Malaysia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain daripada pilihan golongan Istana dan kenamaan, Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) juga menjadi pilihan golongan artis tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Sharina Datuk chef Wan, Nora Danish dan ramai lagi.

Antara lokasi yang pernah Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) selusuri perkhidmatannya adalah Putrajaya Convention Centre, Dewan Puspanita Putrajaya, Dewan Perbadanan Putrajaya, Dewan Universiti Putra Putrajaya dan banyak lagi.

Justeru di kesempatan ini, kami menawarkan kepada anda, supaya jangan sesekali melepaskan peluang terbaik sebegini. Kami menjanjian sentuhan terbaik chef-chef Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer).

Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) betah berdampingan bersama, menjayakan apa jua majlis termasuk perkahwinan, makan malam, seminar mahupun perasmian.