Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini44
mod_vvisit_counterSemalam407
mod_vvisit_counterMinggu Ini2921
mod_vvisit_counterMinggu Lepas6995
mod_vvisit_counterBulan Ini13036
mod_vvisit_counterBulan Lepas18179
mod_vvisit_counterJumlah560829

We have: 4 guests online
0: 107.20.131.154
 , 
Today: Apr 19, 2014

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Kursus Protokol & Adab Di Meja Makan

Warisan Baiduri Sdn Bhd telah menghantar warganya yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat dan servis untuk menghadiri Kursus Adab di Meja Makan dan Kursus Kemahiran Pramusaji sempena menyahut slogan Latihan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita yang kelima iaitu Dato` Seri Najib B Tun Abd Razak. Warisan Baiduri telah mengambil peluang keemasan ini untuk menjalani kursus yang berkaitan dengan bisnes utamanya – bidang katering.

Kursus ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Selayang pada 10 &11 Jun 2011 untuk sesi pertama Kursus Adab di Meja Makan yang terdiri dari 4 orang peserta dan untuk sesi kedua pada 17 & 18  Jun 2011 yang terdiri dari 6 orang peserta. Bagi Kursus Kemahiran Pramusaji, ianya diadakan pada 11 dan 12 Jun 2011 yang terdiri dari 5 orang peserta.

Kursus Adab di Meja Makan yang dianjurkan oleh kolej komuniti tersebut meliputi:-

-Protokol Pakaian ke Majlis Rasmi

-Adab di Meja Makan

-Lipatan Napkin

-Penyediaan Minuman Ringan

 

Manakala untuk Kursus Kemahiran Pramusaji pula meliputi intipati:-

 

-Susunatur Peralatan di Meja Makan

-Lipatan Napkin

-Serving

-Potongan Buah-Buahan

-Gubahan Bunga

Kursus ini telah banyak menambah ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai bidang-bidang khusus di dalam bidang katering dan juga majlis-majlis keraian yang lain.

Kursus pada 10 & 11 Jun 2011 (sesi pertama)  terdiri daripada En. Hasnul Nidham Masduki, Cik Nur Adibah Aimi Abdul Aziz, Pn Noor Hayati Basar dan En Mohd Kamarulzaman Mohamad. Kursus Sesi kedua dihadiri oleh  Pn Norazizah Basar, Pn Durratul' Ain Mahmud Morshidi, En Mahmud Rifae Othman, En Ahmad Zaini, Cik Norida Muhasir dan Cik Izzatul Nabila Abd Khalid,

Berikut adalah sebahagian daripada maklumbalas peserta kursus yang telah mengikuti kursus yang julung-julung kali diadakan dalam tahun 2011 ini:

 

KOMEN /MAKLUMBALAS PESERTA KURSUS

SESI PERTAMA:

PN NORHAYATI : Saya merasakan kursus ini banyak memberikan ilmu yang sebelum ini saya tidak berapa arif mengenainyaterutama dalam soal protokol di majlis rasmi. Lipatan napkin juga memberikan satu dimensi ilmu yang baru kepada saya kerana sebelum ini tidak didedahkan dengan pelbagai cara melipat napkin yang saya rasa amat unik dan sesuai digayakan di majlis-majlis yang tertentu.

CIK ADIBAH : Saya berpendapat kursus ini sangat bagus dan perlu dilakukan secara berterusan kerana ianya berupaya menambah pengetahuan pihak pengurusan dalam mengendalikan sesuatu majlis dan pihak pengurusan juga boleh memantau dan membetulkan kesilapan pihak service.

SESI KEDUA:

CIK NABILA : Kursus ini memberikan pendedahan secara formal kepada semua peserta. Sebelum ini, saya hanya mengetahui tentang protokol dan adab di meja makan ini secara non-formal, dan setelah mengikuti kursus, saya telah mendapat pendedahan secara formal.

NORIDA: Kursus yang bagus cuma  perlu penambahan lebih lagi pembelajaran mengenai penyusunan kutleri di meja makan dan kedudukan  VIP dan VVIP di meja makan perlu diterangkan dengan lebih jelas.

EN AHMAD: Kursus yang diberikan telah diketahui sebelum ini mengenai adab dan protokol ke majlis rasmi dan kepastiannya    telah ditentukan melalui kursus yang telah saya jalani ini

 

KURSUS KEMAHIRAN PRAMUSAJI

EN AZMIL : Setakat ini saya telah mempelajari bagaimana hendak menyusun atur peralatan di meja makan dan bagaimana hendak melayan pelanggan di meja makan dan juga lipatan napkin. Pengetahuan yang dipelajari semasa kursus sebenarnya telah dipelajari sebelum ini tetapi dengan adanya kursus seperti ini dapat meningkatkan keyakinan diri saya lagi.

EN JOS : Kursus ini sangat menarik dan saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya. Saya rasa tidak sabar untuk menunggu satu kelas lagi iaitu kelas potongan buah-buahan dan gubahan bunga. Sekiranya ada kursus khas untuk gubahan bunga, backdrop dan hi-table,saya sangat berminat untuk menyertainya.

 

 

Ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga pengajar dari Kolej Komuniti iatu Puan Rohayu Mokhtar dan Puan Diana Mohd Yusoff yang telah mengajar kami dengan penuh dedikasi dan menjawab dengan baik segala pertanyaan dan persoalan yang telah kami lontarkan.

BERDIRI : Fatin Aqillah, Anis, Nurhuda, Pn Norazizah, Pn Durratul'Ain, Norida, Nor Izyan, Izzatul Nabila, Adibah Mizan

DUDUK HADAPAN : Ikhwan, Pn. Rohayu Mokhtar ( Pengajar), Mahmud Rifa'e, Ahmad