Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6
mod_vvisit_counterSemalam40
mod_vvisit_counterMinggu Ini196
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini712
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852163

We have: 1 guests online
0: 54.163.61.66
 , 
Today: Dec 14, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Raikan keakraban, hargai jasa kakitangan

Selaku antara peneraju utama dalam bidang kulinari, Warisan Baiduri Sdn Bhd amat mementingkan keakraban,
keceriaan dan kerjasama erat di kalangan staf-staf.

Ini kerana Warisan Baiduri Sdn Bhd percaya, dengan suasana kerja yang harmoni inilah, yang akan menzahirkan
produk yang berkualiti, seterusnya menjamin kepuasan pelanggan.

Untuk itu, sebagaimana kelaziman, bertempat di Kompleks Kulinari Warisan Baiduri, Taman Melewar Gombak,
pada 20 Mei 2013, dianjurkan satu majlis kesyukuran dan perpisahan untuk
warga kerja Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Majlis tersebut dihadiri oleh kakitangan dari ibu pejabat, kem PLKN Warisan , kakitangan kompleks Warisan
dan ahli keluarga mereka seramai kira-kira 60 orang.

Serentak dengan itu diadakan majlis sambutan hari kelahiran bagi bulan Mac, April dan Mei diadakan, bagi
menghargai komitmen warga kerja Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Dengan bertemakan warna korporat syarikat biru dan kuning, suasana indah seiya sekata dan seragam menambah
serikan suasana.

Pada malam majlis tersebut, diserikan dengan kehadiran dua orang bekas pekerja Warisan Baiduri Sdn Bhd yang
berkhidmat selama lebih 20 tahun iaitu Haji Ahmad Rodzi Che Hat selaku ketua tukang masak dan
Encik Ahmad Badas sebagai pemandu.

Warisan Baiduri Sdn Bhd memberikan
penghargaan dan cenderahati kepada dua orang bekas pekerja sebagai menghargai jasa mereka semasa berkhidmat.

Majlis pemotongan kek beramai ramai dan nyanyian selamat ulang tahun simbolik hari ulang kelahiran
yang diraikan seramai 17 orang, iaitu;

Nasrun Hakim
Iswandi Laleh
Fatimah Basar
Mohd Norzafuan
Noorlida Abdul Rahman
Hanapi Osman
KamarulZaman Mohammad
Roziman Mahmud
Hasnul Nidham Hj Masduki
Mahmud Morshidi Othman
Sarbani Othman
Mohd Irwan Basar
Zuraida Yaakub
Azemi Abdul Latif
Sharida Md Rais
Mohd Sazni
Noraini Abdul Halim

Menu sajian pada hari itu ialah:

Kambing bakar
Sos pudina

Satay ayam + daging
Kuah kacang , timun, bawang
Nasi impit

Nasi putih
Ayam goreng
Masak lemak ikan masin
Daging dendeng
Spagethi bolognise

Kuih talam lapis sarawak
Kuih talam kacang merah
Burger malaysia

Nugget ayam
Sosej goreng
Wedges goreng

Air sirap bandung
Teh tarik

Majlis dipengerusikan oleh Encik Mahmud Al Rifaie Othman, dimulakan dengan bacaan doa yang di pimpin oleh
Ustaz Mohasir Othman sempena sambutan hari kelahiran
dan doa kesyukuran.