Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini173
mod_vvisit_counterSemalam203
mod_vvisit_counterMinggu Ini3253
mod_vvisit_counterMinggu Lepas6995
mod_vvisit_counterBulan Ini13368
mod_vvisit_counterBulan Lepas18179
mod_vvisit_counterJumlah561161

We have: 1 guests online
0: 54.234.60.133
 , 
Today: Apr 20, 2014

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Article Index
kem PLKN
Unit Beruniform Didedah Aktiviti Fizikal , Mental
Majlis Menandatangani Kontrak
MAJLIS PERASMIAN PEMILIHAN BERKOMPUTER PELATIH PLKN SIRI 8/2011 PADA 13 JULAI 2010
Penghargaan Bahagian Terbaik Kem PLKN Warisan
Musim Bunga Di Kem PLKN Warisan
Majlis Pergerakan Pelatih PLKN
Hari hari terakhir di Kem PLKN warisan (Kumpulan 2 siri 7/2010
Perasmian Pergerakan Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 7/2010
All Pages

Kem PLKN Warisan
Kem ini dibina pada September 2003. Ianya menyediakan kemudahan perkhidmatan tempat
kursus, latihan serta beriadah kepada masyarakat, belia, pelajar dan persatuan. Kem ini dibina
mengikut spesifikasi Program latihan khidmat Negara (PLKN) anjuran Kementerian
Pertahanan Malaysia.

Dengan keluasan 30 ekar dengan bentuk muka bumi yabg beralun dan direntangi Sungai linggi
yang luas terbentang lagi menarik. Kem ini pastinya memikat para peserta yang mengikuti
program disini
Matlamat kami adalah untuk menyediakan yang terbaik dan menjadi pusat
latihan yang bertaraf tinggi serta sebagai salah satu tempat yang menjadi destinasi pelancongan Negara

AKTIVITI DAN KEMUDAHAN
Kursus / bengkel
Perkhemahan
Hari Keluarga
Percutian / Perkelahan
Motivasi
Riadah

KEMUDAHAN
Dormitori
Boleh Menampung 500 Pelatih/jurulatih

Dewan Serbaguna
Boleh Menampung 300 Pelatih

Dewan Makan
Boleh Menampung 500 Pelatih

Surau
Boleh Menampung 300 Pelatih

Pejabat
Mempunyai Kemudahan Komputer dan Talian Telefon

Riadah
Padang Futsal, Bola Tampar, Takraw, Padang Kawad
Sirkit Kembara Halangan Dan Aktiviti Air

Kapasiti
Boleh Menempatkan 500 Peserta

 

 

 

Dato Abdul Hadi adakan kunjungan kehormat


Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Hazair menerima kunjungan hormat dari Ketua Pengarah JLKN Malaysia.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Malaysia Dato' Abdul Hadi bin Awang Kechil, di pejabatnya di sini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai usaha-usaha atau pertukaran program dan mendatangkan pakar/tenaga pengajar dari Jabatan Latihan Khidmat Negara Malaysia dan Program Khidmat Bakti Negara dalam mempertingkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua buah negara.

Dato Abdul Hadi berserta rombongan berada di negara ini bagi mengadakan lawatan kerja selama 4 hari hingga 16 Februari 2012. Semasa di sini, beliau berpeluang mendengar taklimat mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan berkesempatan melawat Perkampungan Sukan di mana aktiviti dan program PKBN dijalankan.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Jaafar, Setiausaha Tetap, Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara Malaysia.

Petikan dari media permata akhbar harian Brunei Darussalam 16/2/2012

 


 

Unit Beruniform Didedah Aktiviti Fizikal , Mental

Masjid Tanah- Seramai 101 peserta unit beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar didedahkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan fizikal dan mental pada program perkhemahan unit beruniform sekolah berkenaan.

Program melibatkan penyertaan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan Puteri Islam itu turut memberi peluang merasai pengalaman menjalani perkhemahan bersama rakan di samping mempelajari perkara baru.

Peserta itu turut menjadi sekolah rendah pertama menggunakan Kem PLKN Warisan Bukit Chempedak Kuala Sungai Baru sebagai lokasi perkhemahan yang diisi dengan pelbagai aktiviti seperti kembara halangan, pandu arah dan ikhtiar hidup.

Koordinator program, Asmaniza Mohamed berkata, perkhemahan unit beruniform pada tahun ini mendapat kerjasama dengan Pusat latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem PLKN Warisan yang mana semua aktiviti itu dikendali jurulatih profesional dar PLKN Kem Warisan dan pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPMNM).

'Pemilihan tapak perkhemahan di PLKN Kem Warisan dibuat dengan tujuan memberi gambaran awal kepada peserta kepada suasana kehidupan peserta PLKN walaupun usia mereka masih jauh untuk menjadi pelatih PLKN.

'Namun aktiviti yang kebanyakkan diolah mengikut latihan ala PLKN menimbulkan semangat dan pandangan positif terhadap latihan PLKN untuk bersedia sekiranya terpilih menyertai PLKN' katanya.

Sementara itu pengurus PLKN Kem Warisan, Sabani Abu dalam ucapan perasmian penutup menyeru kepada peserta supaya menggunakan pengalaman melaksanakan aktiviti ala PLKN sebagai sesuatu yang boleh membinan kekuatan fizikal, mental dan rohani.

*petikan dari akhbar Sinar edisi Selatan

 



 

Majlis menandatangani kontrak antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bersama National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) oleh
Y.B. Datuk Dr Hj. Abdul Latiff Bin Ahmad Timbalan Menteri Pertahanan
Pada 27 Julai 2010 bertempat di Auditorium  Aras 1
Jabatan Latihan Khimat Negara, Bangunan Zetro
Wangsa Maju Kuala LumpurSup Sayur Warisan penyeri majlis JLKN

Setiap insan ada citarasanya sendiri, sama ada dalam soal berpakaian, makanan dan sebagainya.

Warisan Baiduri Sdn Bhd mempunyai 'food range' yang cukup banyak dalam senarai. Kebiasaannya VVIP atau VIP akan memesan menu-menu tertentu untuk sajian mereka tatkala majlis dianjurkan.

Pramusaji Warisan Baiduri Sdn Bhd begitu teruja apabila VIP sering memesan tambahan juadah tertentu, menandakan mereka mengiktiraf keenakan juadah yang disajikan. Bak kata pepatah Melayu, 'juadah yang disajikan, kena dengan tekaknya'. Alhamdulillah itulah yang senantiasa diharapkan apabila Warisan Baiduri Sdn Bhd dijemput menyediakan jamuan dalam satu-satu majlis.

Baru-baru ini, Pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye menunjukkan minat beliau kepada Sup Sayur Warisan dalam suatu majlis pada 27 Julai 2010, di Kuala Lumpur.

Tan Sri berulang kali meminta pramusaji Warisan menambah beberapa mangkuk Sup Sayur Warisan setiap kali sup dalam mangkuk beliau kehabisan. Nampaknya Tan Sri begitu berselera menikmatinya.

Dalam program tersebut, diadakan Majlis menandatangani kontrak antara Jabatan Latihan Khidmat Nasional JLKN bersama National Institute of Occupational Safety & Health (Niosh) di Auditorium aras 1 bangunan Zetro (Mindef 2) di Wangsa Maju.

Dalam majlis itu, hadir sama adalah Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Abdul Hadi Awang Kechil, Ketua Pengarah PLKN, Ir Hj. Rosli Husin, Pengarah Eksekutif NIOSH dan lain-lain tetamu kehormat.


 

MAJLIS PERASMIAN PEMILIHAN BERKOMPUTER PELATIH PLKN SIRI 8/2011 PADA 13 JULAI 2010

Pelancaran Pemilihan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 8/2011 telah diadakan di Mindef 2 Bangunan Zetro Wangsa Maju Kuala Lumpur,

Majlis Dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut serta dalam majlis adalah Timbalan Menteri Pertahanan , Y.B Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad,

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Y.B. Dato' Dr. Tiki Lafe dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Y. Bhg. Dato' Abdul Hadi Awang Kechil.

Seramai 140,000 remaja daripada 514,553 yang lahir 1993 akan dipilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Siri Ke-8 tahun 2011

Warisan Baiduri Sdn Bhd (Caterer) telah dipilih oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk menyediakan sarapan pagi dan minum pagi bagi VVIP, Media dan staf - staf  JLKN, Sajian pada hari itu adalah Mee Goreng Mamak, Roti Jala, Kari Ayam, Ayam Goreng Berempah, Sambal Tumis Ikan Bilis, Karipap Kentang , Pulut Panggang, Buah Buahan ( Anggur, Mangga), Krim Karamel, Teh, Kopi dan Air mineral.

Warisan Baiduri Sdn Bhd merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara kerana sudi menjadi pelanggan kami dan kami berharap agar pelatih yang terpilih untuk PLKN Siri 8/2011 kelak akan memberikan sumbangan besar kepada negara di masa hadapan.

 


š›š›š›š›š››š›š››š

Penghargaan Bahagian Terbaik

Kem PLKN Warisan
š›š›š›š›š››š›š››š



 

Musim Bunga Di Kem PLKN Warisan

Lawatan Sambil Bekerja Pengarah Urusan Warisan Baiduri Ke Kem PLKN Warisan

Keindahan flora tarikan utama Kem PLKN Warisan

Sesebuah kem atau pusat latihan akan lebih menarik dan ceria apabila ia mempunyai pemandangan yang mendamaikan.

Itulah hasrat murni pengusaha Kem PLKN Warisan, yang juga Pengarah Urusan Warisan Baiduri Sdn Bhd, Mahmud Morshidi Othman.

Beliau amat tertarik dengan kehijauan flora yang terdapat di persekitaran Kem PLKN Warisan.

Terdapat berbagai flora disekitar kem yang menambahkan keceriaan Kem, khususnya pada waktu musim bunga. Menerusi Kem, Warisan Baiduri Sdn Bhd berhasrat untuk menjadikan keindahan flora dan fauna sebagai salah satu tarikan utama, khususnya dalam mendidik dan memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan pelatih-pelatih.

Sehubungan dengan itu, pelatih-pelatih tidak akan berasa stress atau tertekan, kerana di sebalik rutin latihan PLKN, mereka dapat
menghirup udara yang segar dengan pemandangan yang mendamaikan.

Hasrat tersebut dilontarkan Pengarah Urusan Warisan Baiduri, mengadakan lawatan sambil bekerja ke Kem PLKN Warisan bersama Tuan Haji Zahari Saad diiringi oleh Pegawai Komunikasi Korporat untuk meninjau kawasan kem, pada 5 Ogos lepas.

Kedatangan beliau disambut oleh Pengurus Kem Encik Sarbani Abu dan Pengurus Kulinari Haji Ahmad Rodzi.

Dalam lawatan tersebut, Pengarah Urusan diberi taklimat berhubungan dengan perkembangan semasa kem dan mengadakan
lawatan di kawasan kem.

 


 

Majlis Pergerakan Pelatih PLKN Dirasmikan Oleh Yang Berbahagia Dato, Hadi Awang Kechil Ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara pada 19 Jun 2010 di Precint 1 Putrajaya Wilayah persekutuan

 

 


 

Hari hari terakhir di Kem PLKN warisan (Kumpulan 2 siri 7/2010)

Kem Warisan beri khidmat terbaik buat pelatih PLKN


Lebih 350 pelatih PLKN yang berkampung selama tiga bulan di Kem Warisan Masjid Tanah diraikan dalam Majlis Perpisahan & Malam Seribu Kenangan 10 Jun 2010.

Pada majlis tersebut ada di antara mereka yang berasa begitu sayu sehingga berlinangan air mata kerana tidak sanggup berpisah bersama rakan-rakan selama tiga bulan di dalam kem.

Semasa di dalam Kem Warisan, mereka mendapat khidmat yang terbaik, sama ada dari sudut latihan, prasarana, khidmat katering dan penjagaan diri.

Para ibu bapa pelatih yang ditemui turut melahirkan kesyukuran dan terima kasih mereka kepada operator Kem Warisan kerana telah menjaga anak-anak mereka dengan sempurna sekali.

Pada 10 Jun 2010 merupakan hari terakhir bagi pelatih PLKN menjalani latihan khidmat negara di Kem Warisan.

Setelah 3 bulan berada di kem, pelbagai kenangan suka dan duka terpahat di kem ini.

Pada hari terakhir bersaksikan suasana durian gugur,dapat dilihat pelatih gembira untuk menamatkan latihan dan tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing masing.

Namun jauh di sudut hati, dapat dilihat kesedihan untuk meninggalkan rakan-rakan serta jurulatih yang banyak membantu sepanjang latihan di kem ini.

Dalam majlis perpisahan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kem,  penghargaan diberikan kepada pelatih terbaik iaitu Wira dan Wirawati terbaik.

Mereka menerima plak penghargaan daripada Operator Kem Warisan.  Sepanjang berada di kem ini, pelbagai aktiviti dan jenis latihan di jalankan seperti latihan air, Tali Tinggi, Kembara Halangandan juga kuliah kenegaraan.

Program ini bermatlamatkan untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilai murni.

Pelatih mengambil kesempatan bergambar untuk meninggalkan kenangan di Kem Warisan sebelum pulang ke kampung halaman masing masing.

Mereka juga sempat bergambar dengan salah seorang Ahli LembagaPengarah Operator Kem Warisan iaitu Tuan Haji Mahmud Morshidi.

Warisan Baiduri Sdn Bhd jamu Menteri Pertahanan

Pada 2 Januari 2010, bertempat di laman letak kereta Stadium Putra Bukit Jalil, Warisan Baiduri Sdn Bhd diamanahkan untuk menyediakan jamuan untuk tetamu VVIP dan VIP, bersempena dengan majlis Pusat Latihan Khidmat Negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan pergerakan pelatih-pelatih PLKN ke destinasi-destinasi yang telah ditetapkan.

Turut meraikan pergerakan lebih 20 buah bas PLKN yang dijangkakan mencapai jumlah 4000 peserta, ialah Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dan Timbalannya, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Datuk Ahmad Zahid kelihatan amat ceria dan gembira menikmati sajian nasi dagang ikan tongkol dan kuih muih yang disediakan khas dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd. Manakala petugas-petugas PLKN yang bertungkus lumus memastikan kelancaran pergerakan pelatih disajikan dengan nasi lemak istimewa.