Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini10
mod_vvisit_counterSemalam40
mod_vvisit_counterMinggu Ini200
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini716
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852167

We have: 5 guests online
0: 54.163.61.66
 , 
Today: Dec 14, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Article Index
kem PLKN
Unit Beruniform Didedah Aktiviti Fizikal , Mental
Majlis Menandatangani Kontrak
MAJLIS PERASMIAN PEMILIHAN BERKOMPUTER PELATIH PLKN SIRI 8/2011 PADA 13 JULAI 2010
Penghargaan Bahagian Terbaik Kem PLKN Warisan
Musim Bunga Di Kem PLKN Warisan
Majlis Pergerakan Pelatih PLKN
Hari hari terakhir di Kem PLKN warisan (Kumpulan 2 siri 7/2010
Perasmian Pergerakan Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 7/2010
All Pages

 

Hari hari terakhir di Kem PLKN warisan (Kumpulan 2 siri 7/2010)

Kem Warisan beri khidmat terbaik buat pelatih PLKN


Lebih 350 pelatih PLKN yang berkampung selama tiga bulan di Kem Warisan Masjid Tanah diraikan dalam Majlis Perpisahan & Malam Seribu Kenangan 10 Jun 2010.

Pada majlis tersebut ada di antara mereka yang berasa begitu sayu sehingga berlinangan air mata kerana tidak sanggup berpisah bersama rakan-rakan selama tiga bulan di dalam kem.

Semasa di dalam Kem Warisan, mereka mendapat khidmat yang terbaik, sama ada dari sudut latihan, prasarana, khidmat katering dan penjagaan diri.

Para ibu bapa pelatih yang ditemui turut melahirkan kesyukuran dan terima kasih mereka kepada operator Kem Warisan kerana telah menjaga anak-anak mereka dengan sempurna sekali.

Pada 10 Jun 2010 merupakan hari terakhir bagi pelatih PLKN menjalani latihan khidmat negara di Kem Warisan.

Setelah 3 bulan berada di kem, pelbagai kenangan suka dan duka terpahat di kem ini.

Pada hari terakhir bersaksikan suasana durian gugur,dapat dilihat pelatih gembira untuk menamatkan latihan dan tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing masing.

Namun jauh di sudut hati, dapat dilihat kesedihan untuk meninggalkan rakan-rakan serta jurulatih yang banyak membantu sepanjang latihan di kem ini.

Dalam majlis perpisahan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kem,  penghargaan diberikan kepada pelatih terbaik iaitu Wira dan Wirawati terbaik.

Mereka menerima plak penghargaan daripada Operator Kem Warisan.  Sepanjang berada di kem ini, pelbagai aktiviti dan jenis latihan di jalankan seperti latihan air, Tali Tinggi, Kembara Halangandan juga kuliah kenegaraan.

Program ini bermatlamatkan untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilai murni.

Pelatih mengambil kesempatan bergambar untuk meninggalkan kenangan di Kem Warisan sebelum pulang ke kampung halaman masing masing.

Mereka juga sempat bergambar dengan salah seorang Ahli LembagaPengarah Operator Kem Warisan iaitu Tuan Haji Mahmud Morshidi.