Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini51
mod_vvisit_counterSemalam38
mod_vvisit_counterMinggu Ini120
mod_vvisit_counterMinggu Lepas423
mod_vvisit_counterBulan Ini2367
mod_vvisit_counterBulan Lepas3352
mod_vvisit_counterJumlah884906

We have: 1 guests online
0: 54.158.199.217
 , 
Today: Sep 19, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Article Index
kem PLKN
Unit Beruniform Didedah Aktiviti Fizikal , Mental
Majlis Menandatangani Kontrak
MAJLIS PERASMIAN PEMILIHAN BERKOMPUTER PELATIH PLKN SIRI 8/2011 PADA 13 JULAI 2010
Penghargaan Bahagian Terbaik Kem PLKN Warisan
Musim Bunga Di Kem PLKN Warisan
Majlis Pergerakan Pelatih PLKN
Hari hari terakhir di Kem PLKN warisan (Kumpulan 2 siri 7/2010
Perasmian Pergerakan Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 7/2010
All Pages

 

Unit Beruniform Didedah Aktiviti Fizikal , Mental

Masjid Tanah- Seramai 101 peserta unit beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar didedahkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan fizikal dan mental pada program perkhemahan unit beruniform sekolah berkenaan.

Program melibatkan penyertaan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan Puteri Islam itu turut memberi peluang merasai pengalaman menjalani perkhemahan bersama rakan di samping mempelajari perkara baru.

Peserta itu turut menjadi sekolah rendah pertama menggunakan Kem PLKN Warisan Bukit Chempedak Kuala Sungai Baru sebagai lokasi perkhemahan yang diisi dengan pelbagai aktiviti seperti kembara halangan, pandu arah dan ikhtiar hidup.

Koordinator program, Asmaniza Mohamed berkata, perkhemahan unit beruniform pada tahun ini mendapat kerjasama dengan Pusat latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem PLKN Warisan yang mana semua aktiviti itu dikendali jurulatih profesional dar PLKN Kem Warisan dan pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPMNM).

'Pemilihan tapak perkhemahan di PLKN Kem Warisan dibuat dengan tujuan memberi gambaran awal kepada peserta kepada suasana kehidupan peserta PLKN walaupun usia mereka masih jauh untuk menjadi pelatih PLKN.

'Namun aktiviti yang kebanyakkan diolah mengikut latihan ala PLKN menimbulkan semangat dan pandangan positif terhadap latihan PLKN untuk bersedia sekiranya terpilih menyertai PLKN' katanya.

Sementara itu pengurus PLKN Kem Warisan, Sabani Abu dalam ucapan perasmian penutup menyeru kepada peserta supaya menggunakan pengalaman melaksanakan aktiviti ala PLKN sebagai sesuatu yang boleh membinan kekuatan fizikal, mental dan rohani.

*petikan dari akhbar Sinar edisi Selatan